20/08/2017

Latarbelakang

Kolej Kemahiran Johor (KKJ) adalah organisasi di bawah Kumpulan Pendidikan YPJ yang menumpukan usaha melahirkan tenaga mahir dan separa mahir seperti yang diperlukan oleh negeri dan industri setempat. KKJ dahulunya dikenali dengan nama Kolej Komuniti YPJ. Sejarah KKJ bermula semenjak pengambilalihan Pusat Latihan Kemahiran Belia oleh KPYPJ pada tahun 1997. KKJ menawarkan kursus-kursus kemahiran di peringkat sijil dan juga diploma.

KKJ sekarang menawarkan 12 kursus kemahiran dan teknikal di 4 buah daerah iaitu di Muar, Batu Pahat, Kluang dan Johor Bahru. Program-program yang ditawarkan mendapat pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Mulai tahun 2015, KKJ mula mengorak langkah untuk menawarkan program berimpak tinggi di dalam bidang minyak dan gas dan sebagainya.