Hubungi: 07-236 4924

Hubungan Industri

Unit Hubungan Industri Kolej Kemahiran Johor telah diwujudkan kerana keperluan untuk memantapkan dan memperkasa aktiviti jaringan bersama pihak industri di peringkat kolej.

Unit kami menunjukkan fokus dan kekuatan jaringan Kolej Kemahiran Johor bersama rakan industri serta menyediakan platform yang proaktif bagi memperkasa kerjasama strategik yang selari dengan Visi dan Misi Kolej Kemahiran Johor.

Pada asasnya, aktiviti Unit Hubungan Industri Kolej Kemahiran Johor adalah seperti berikut:

– Menjadi pusat penghubung diantara Industri dengan Kolej Kemahiran Johor.

– Menjalankan aktiviti kerjasama dengan industri seperti penganjuran latihan, peluang penempatan latihan industri dan perhubungan industri.

– Memberi khidmat penempatan pekerjaan kepada graduan dan lepasan Kolej Kemahiran Johor.

– Menjadi pusat mengumpul dan manganalisis data-data penempatan pekerjaan graduan dan MOU kerjasama industri.

Rakan Kerjasama Strategik