Hubungi: 07-236 4924

KKJ Batu Pahat

KOLEJ KEMAHIRAN JOHOR BATU PAHAT (KKJBP)

Kolej Kemahiran Johor Batu Pahat (KKJBP) terletak di Jalan Tembaga , Kg Kenangan Dato Onn, Batu Pahat, Johor. Mula beroperasi pada 1997 di mana asalnya dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Pusat Latihan Kemahiran Negeri Johor (PLK).

Kolej ini bertanggungjawab mendidik dan melatih tenaga kerja mahir bagi memenuhi kehendak pasaran kerja semasa dan akan datang. Kolej ini menawarkan kursus di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dengan pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Kursus yang ditawarkan ialah Pembuatan Pakaian Wanita dan Diploma Pentadbiran Fesyen dan Pakaian.

Kursus yang ditawarkan ialah Pembuatan Pakaian Wanita dan Diploma Pentadbiran Fesyen dan Pakaian.