Hubungi: 07-236 4924

KKJ Johor Bahru

Kolej Kemahiran Johor Batu Pahat (KKJBP) terletak di Jalan Ahad , Kg Ungku Mohsin, Johor Bahru, Johor. Mula beroperasi pada 1997 di mana asalnya dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Pusat Latihan Kemahiran Negeri Johor (PLK).

Kolej ini bertanggungjawab mendidik dan melatih tenaga kerja mahir bagi memenuhi kehendak pasaran kerja semasa dan akan datang. Kolej ini menawarkan kursus di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dengan pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Kursus yang ditawarkan ialah Automotif Servis Selepas Jualan,Pembuatan Pastri,Penyediaan dan Pembuatan Makanan,Pengurusan Pejabat,Artis Multimedia Visual,Operasi Sistem Komputer,Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa/Tiga Fasa,Peralatan Penyaman Udara HVAC Satu Fasa dan Pentadbiran Fesyen dan Pakaian.