Hubungi: 07-236 4924

KKJ Kluang

Kolej Kemahiran Johor Kluang (KKJ Kluang) terletak di Jalan Suria 1, Taman Matahari, Batu 3
86000 Kluang. Mula beroperasi pada 1997 di mana asalnya dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Pusat Latihan Kemahiran Negeri Johor (PLK).

Kolej ini bertanggungjawab mendidik dan melatih tenaga kerja mahir bagi memenuhi kehendak pasaran kerja semasa dan akan datang. Kolej ini menawarkan kursus di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dengan pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Kursus yang ditawarkan ialah Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa dan Tiga Fasa.