Hubungi: 07-236 4924

KKJ Muar

Kolej Kemahiran Johor, Muar ditubuhkan untuk melahirkan tenaga mahir dan separa mahir bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian Negara.

KKJ muar dahulunya dikenali dengan nama Kolej Komuniti YPJ Muar bermula semenjak pengambilalihan Pusat Latihan Kemahiran Belia oleh Kumpulan Pendidikan YPJ pada tahun 1997.

Menawarkan kursus kemahiran peringkat sijil melalui pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Prasarana yang disediakan dapat menampung perlaksanaan kursus sepenuh masa dan jangka pendek merangkumi peserta dari agensi kerajaan, badan berkanun, swasta serta belia-belia lepasan spm.